​Visi
Kearah Muzium bertaraf dunia
Misi
Melindungi dan memelihara warisan tamadun negara bagi menggalakkan pendidikan serta bagi merangsang minat, cinta dan menghargai warisan tamadun negara.
Dasar
Dasar Muzium Brunei adalah untuk menimbulkan kesedaran, kemegahan dan penghargaan terhadap warisan bangsa dan kegemilangan negara sebagai contoh teladan di kalangan rakyat dan penduduk negara ini melalui:
- Pengumpulan, Pemuliharaan / Pemeliharaan dan Pameran artifak-artifak sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna.
- Penyelidikan dan penyebaran ilmu serta maklumat yang lengkap, teratur dan sistematik.
Menimbulkan semangat kesedaran, kemegahan dan penghargaan terhadap warisan budaya dan alam semula jadi negara ini di samping untuk melindungi dan memelihara sebagai khazanah negara.
Objektif
Melindungi serta memelihara warisan negara dengan tujuan menggalakkan pendidikan, merangsang minat serta cinta dan menghargai warisan negara.
Bagi merealisasikan dasar jabatan dalam melindungi dan memelihara khazanah negara untuk tujuan pembelajaran, diantara objektif yang telah digariskan:
- Penyelidikan
- Pengumpulan
- Pemuliharaan / Pemeliharaan
- Penyebaran Ilmu
1. Penyelidikan
- Bidang-bidang Arkeologi, Etnografi, Ilmu Kejadian, Maritim Arkeologi dan Seni.
- Memberi galakkan dan kerjasama penyelidikan dengan menyediakan bahan-bahan, catatan-catatan dan artifak-artifak sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna yang berkaitan dengan negara ini.
- Menyediakan kemudahan bagi pengkaji-pengkaji dalam dan luar negeri melalui perkhidmatan rujukan serta koleksi.
- Bahagian Arkeologi dan Monumen
- Bahagian Etnografi
- Bahagian Ilmu Kejadian
- Bahagian Seni
2. Pengumpulan
- Pengumpulan bahan-bahan dan artifak-artifak sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna yang berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam sama ada yang terdapat di dalam mahupun luar negeri.
- Rangka strategi pengumpulan melalui pembelian, hadiah dan carigali serta ekspedisi.
- Jawatankuasa Perolehan meneliti dan menilai bahan-bahan yang di tawarkan untuk pembelian.
3. Pemuliharaan / Pemeliharaan
- Semua bahan koleksi Jabatan Muzium-Muzium dipelihara khususnya dalam menentukan keselamatan penyimpanan dan penggunaannya.
- Pemeliharaan kawasan-kawasan yang mengandungi hidupan-hidupan seperti Pilong-Pilongan dan Tasek Merimbun.
- Pemeliharaan tapak-tapak bersejarah dan kawasan-kawasan yang mengandungi hidup-hidupan.
- Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan
- Bahagian Ilmu Kejadian
- Urusetia Lembaga Muzium
4. Penyebaran Ilmu
- Mendukung Jabatan Muzium-Muzium sebagai institusi pendidikan dan pusat penyebaran ilmu melalui penyelidikan bahan-bahan koleksi yang berkaitan dengan sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna negara ini.
- Tiga strategi utama sebagai saluran penyebaran ialah pameran, perkhidmatan pelajaran dan penerbitan.
- Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Teknik
- Bahagian Perkhidmatan Pelajaran
- Bahagian Penerbitan
Strategi
Dalam mencapai matlamat jabatan, strategi berikut di susun:
1. Penyelidikan
- Mengendalikan penyelidikan dalam bidang Arkeologi, Etnografi, Sejarah dan llmu Kejadian.
- Bekerjasama dengan penyelidik daripada jabatan-jabatan kerajaan dan penyelidik luar negara.
- Memberikan kemudahan penyelidikan melalui sumber rujukan, arkib dan perpustakaan
2. Koleksi Rujukan
Kerja Lapangan
Memperolehi bahan arkeologi, artifak budaya, sejarah dan spesimen fauna melalui penyelidikan kerja lapangan.
Pembelian
Membeli bahan catatan, rekod, artifak budaya dan objek bersejarah yang dimiliki oleh individu atau institusi yang tertentu.
Hadiah/Pertukaran/Pinjaman
Menerima bahan yang berbentuk buku atau bahan artifek dan spesimen daripada orang perseorangan, orang ramai, badan professional atau akademik melalui hadiah, pertukaran atau pinjaman sama ada dari dalam atau luar negeri.
3. Pendidikan
Pameran
- Mengadakan pameran hasil daripada penyelidikan yang dibuat oleh pegawai dan kakitangan jabatan.
- Mengadakan pameran dalam pelbagai bidang yang ditaja oleh pihak luar.
- Mengadakan pameran bergerak.
Penerbitan
- Menerbitkan jurnal, Berita Muzium dan penerbitan khas.
- Risalah mengenai aktiviti muzium, pameran dan koleksi jabatan.
Ceramah
- Ceramah mengenai kegiatan Muzium Brunei
- Menyediakan perkhidmatan pandang-dengar
4. Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan Kebudayaan
- Memelihara dan memulihara kawasan-kawasan tinggalan purbakala monumen, artifak sejarah dan kebudayaan dan bahan sejarah.
- Mengadakan perkhidmatan takapan bagi menyalin artifak sejarah dan kebudayaan.
Pemeliharaan Biologi
- Memelihara warisan semula jadi seperti hidup-hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan asli (flora dan fauna).
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan mengenai warisan alam bagi generasi akan datang.